Kabinet Sabah
Ketua Menteri: Datuk Seri Musa Aman
Timbalan Ketua Menteri:
1. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
(PBS)
2. Datuk Yahya Hussin
3. Datuk Raymond Tan Shu Kiah
Kementerian Kewangan
Menteri: Datuk Seri Musa Aman
Pembantu Menteri:
1. Datuk Ramlee Marahaban (muka baru)
2. Datuk Michael Asang
(PBS)
Kementerian Pembangunan Infrastruktur
Menteri: Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
Pembantu Menteri:
1. Datuk Bobbey Suan
2. Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Menteri: Datuk Yahya Hussin
Pembantu menteri:
1. Datuk Sairin Karno
2. Datuk Musbah Jamli
Kementerian Pembangunan Perindustrian
Menteri: Datuk Raymond Tan Shu Kiah
Pembantu menteri:
1.Datuk Bolkiah Ismail
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Menteri: Datuk Hajiji Noor
Pembantu Menteri:
1. Datuk Zakaria Edris (muka baru)
2. Datuk Dr Joachim Gunsalam (muka baru)
(PBS)
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Masidi Manjun
Pembantu menteri:
1. Datuk Pang Nyuk Ming
2. Datuk Kamarlin Ombi (muka baru)
Kementerian Tugas-Tugas Khas
Menteri: Datuk Teo Chee Kang (muka baru)
Pembantu Menteri:
1. Datuk Ariffin Arif (muka baru)
2. Datuk Edward Yong Oui Fah
(PBS)
3. Datuk Ellron Angin
Kementerian Luar Bandar
Menteri: Datuk Radin Malleh (muka baru)
(PBS)
Pembantu menteri:
1. Datuk Nilwan Kabang (muka baru)
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Menteri: Datuk Siringan Gubat (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Datuk Hamisah Samad (muka baru)
Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Masiung Banah (muka baru)
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
Menteri: Datuk Jainab Ahmad (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Anita Baranting (muka baru) (PBS)
SEAMAT DATANG
Sunday, May 12, 2013
Sunday, May 5, 2013
Analisis PRU13 bagi kawasan N13 Inanam
Keputusan Pilihanraya bagi kawasan N13 Inanam, sudahpun diketahui umum. Apa yang mengejutkan kekalahan calun BN N13 Inanam, saudara Joseph Paulus Lantip. Banyak andaian yang disebut-sebut oleh ramai orang sama ada cerita di kedai-kedai kopi atau dimana sahaja.
1. ROLAND CHIA MING SHEN PKR 8,926 MENANG
2. ENCHIN BIN MAJIMBUN @ ERIC SAPP 5,003
3. JOSEPH BIN PAULUS LANTIP BN 5,724
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 24,403
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 421
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 20,074
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 20,106
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 32
PERATUS PENGUNDIAN : 82.40%
MAJORITI : 3,202
Kemenangan Dr. Roland Chia dari parti PKR dengan memperolehi bilangan undi sebanyak 8,926 mengalahkan siangan terdekatnya calun BN-PBS En. Joseph Paulus Lantip dengan memperolehi 5,724 undi, dan Datuk Eric Majimbun memperolehi undi sebanyak 5,003 sahaja.
Jumlah pemilih berdaftar PRU13 bagi N13 Inanam berjumlah 24,403. Pada pilihanraya kali ini peratusan pengundian yang datang sebanyak 82.40%. Jumlah undi dalam peti undi seramai 20,074, manakala 421 undi rosak atau ditolak.
Dengan kemenangan PKR di N13 Inanam, maka berakhirlah sejarah bahawa N13 adalah kubu kuat PBS sejak 1994 hingga PRU12 2008. Banyak faktor-faktor yang menyumbang kepada kemenagan beliau, antaranya ialah:
- Calun yang dipilih saat akhir telah menyebabkan perpecaan sokongan;
- Ahli-ahli PBS yang masih setia kepada mantan ADUN N13 Inanam Datuk Johnny Goh, telah membuat undi protes dengan tidak menyokong calun BN-PBS;
- Persoalan hal-hal peribadi calun juga, menjadi isu yang tidak kurang pentingnya.
- Pengundi baru terutamanya golongan muda memberi sumbangan yang mantap kepada calun PKR Dr Roland.
Ahli-ahli PBS haruslah menggenepikan perbezaan pendapat, menolak budaya katam, dan yang terpenting sekali harus menghormati antara satu dengan yang lain. Pemikiran menjatuhkan pihak "kawan" sendiri akan memakan diri sendiri. Ahli-ahli PBS haruslah menggenepikan perasaan dendam agar kerusi N13 Inanam akan dapat dirampas semula jika ahli-ahli akan terus bersatu dan berganding tangan antara satu dengan yang lain.
Monday, April 29, 2013
PERJUANGAN ADALAH PELAKSANAAN KATA-KATA
Apabila kita mengatakan kita sayang PBS tetapi pada masa yang sama kita membenci parti-parti lain dalam gabungan Parti Barisan Nasional, maknanya perjuangan kita tidak dilaksanakan melalui kata-kata.
Sebagai parti yang sudah bergabung dalam satu Simbul dan perjuangan, kita harus akur dan setia kepada perjuangan dalam gabungan tersebut. Apabila timbul perasaan yang dijelmakan dalam kata-kata yang mengutuk parti-parti lain dalam gabungan BN, maka ini akan memberi gambaran bahawa kita akan bertanggungjawab untuk mengelirukan pemikiran ahli-ahli kita sendiri.
PBS tidak akan mudah berdiri di atas diri sendiri tanpa sokongan parti-parti yang lain. Pengalaman kita sebagai pemerintah dalam negeri tetapi pembangkang dalam negara adalah sautu pengalaman yang sangat merugikan dan membolehkan kita berfikir semua pada hari ini.
Saudara dan saudari,
Sesuatu produk yang baik akan bertahan lama,biarpun begitu banyak produk
baru yang muncul di pasaran.Malah,produk-produk baru itu juga tidak
dapat tidak akan mencuba sedaya upaya untuk meniru atau menciplak produk
lama itu.Seringkali terjadi,pengguna yang telah mencuba produk baru
akan kembali menggunakan yang lama kerana tidak berpuas hati dengan
kualiti produk ciplak atau tiruan.Produk asal yang asli dan berkualiti
akan tetap di hati dan bertahan biarpun berdekad-dekad lamanya.Begitulah
halnya dengan Barisan Nasional yang tetap bertahan biarpun usia sudah
menjangkau 55 tahun.Biar begitu banyak saingan dari parti-parti
lain,termasuk parti-parti baru yang berusaha untuk meniru atau menciplak
BN, namun produk tiruan tidak mungkin sama dengan yang
asli.Persoalannya,bagaimana BN boleh bertahan walaupun berbagai-bagai
tohmahan dilemparkan bagi memburukkan imej dan reputasinya ???
Jawapannya,kerana semua rakyat dapat melihat bukti nyata,selama tahun
demi tahun,bahawa perjuangan BN adalah demi rakyat dan demi masa depan
negara, bukan demi individu atau kumpulan tertentu.
Ini sama seperti seorang peniaga yang berniaga dengan ikhlas,memberi khidmat terbaik atau memastikan kualiti terbaik produknya untuk kepuasan pengguna dan bukannya berniaga hanya kerana ingin untung besar Dan inilah yang tidak dapat difahami oleh musuh-musuh atau pesaing-pesaing BN di dalam politik.Kebanyakan mereka,hanya ingin ‘untung besar’ iaitu memegang kuasa tetapi tidak punya keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat.Oleh itu,segelintir rakyat mungkin terpedaya sebentar dengan promosi,iklan atau lebih tepat,dakyah-dakyah mereka tetapi kemudiannya,rakyat akan tetap kembali kepada BN kerana percaya hanya produk BN yang benar-benar asli lagi berkualiti.Hanya BN yang mampu membawa Malaysia ke tahap ini.Sejarah telah merekodkan bagaimana BN berjaya mengekalkan keamanan di saat kritikal.BN berjaya membawa kita mengharungi beberapa krisis ekonomi dunia dengan aman dan tanpa rakyat terjejas teruk.
Malah,hari ini,di kala dunia sedang dalam kritikal,sehingga Greece bankrap dan Sepanyol,Portugal dan Itali serta Britain juga sedang bergelut dengan krisis ekonomi tetapi Malaysia masih ‘bergaya’ dengan kadar pertumbuhan ekonomi di tahap empat ke lima peratus lebih baik dari Eropah dan Amerika. Rakyat di negara Arab pula sibuk memberontak serta memusnahkan kehidupan sendiri, manakala sebahagian lagi negara di dunia menghadapi perang saudara, pembunuhan etnik, kebuluran dan berbagai-bagai lagi yang mungkin akan dapat diatasi jika kerajaan mereka lebih cekap dan prihatin. Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia walaupun kita hidup berbilang kaum dan berbagai agama. Benar kita merasa sedikit ‘sesak’ kerana kos sara hidup yang semakin tinggi tetapi adalah munafik bagi sesiapa yang menafikan bahawa rakyat Malaysia amat mewah dengan makanan sehinggakan di bulan Ramadhan ini pembaziran berleluasa dan berbuka di hotel masih menjadi budaya.Semua ini adalah mustahil sekiranya kerajaan BN bukan sebuah kerajaan yang baik.
Di celah-celah itu,walaupun seimbas pandang rakyat Malaysia sudah cukup mewah dan selesa,namun BN tetap memberikan bantuan langsung dalam berbagai bentuk seperti BR1M,KR1M,TR1M,Klinik 1Malaysia, Bonus untuk kakitangan awam, , demi untuk meringankan beban rakyat. Tidak keterlaluan jika dikatakan bantuan tersebut hanyalah untuk membantu rakyat untuk ‘mengekalkan kemewahan’ dan bukannya untuk mengurangkan penderitaan. Ini kerana, jarang sekali rakyat yang menerima bantuan itu berada di tahap begitu miskin sehingga tidak cukup makan dan menderita.
Hakikatnya,walaupun sering mengeluh akan kos sara hidup yang tinggi, namun,hampir kesemua yang mengeluh itu masih bermewah berbelanja. Ertinya, tahap ‘menderita’ rakyat Malaysia tidak mungkin terbanding dengan tahap ‘menderita’ rakyat di Syria, Afrika, malah mungkin juga sebahagian rakyat Amerika yang berhadapan dengan kadar pengangguran yang tinggi sehingga memaksa mereka menjadi gelandangan. Sedangkan di Malaysia,walaupun menganggur,entah bagaimana,kita tetap cukup makan juga. Inilah realitinya di Malaysia dan semua ini tidak mungkin menjadi realiti jika BN bukan sebuah kerajaan yang baik.Kita yakin,masa depan bersama BN akan kekal cerah dengan komitmen pemimpinnya untuk meneruskan cara berkhidmat atas dasar Demi rakyat dan Demi Masa Depan.

KENAPA KITA PILIH CALUN BN-PBS N13 INANAM?
Kenapa kita pilih calun BN saudara Joseph Paulus Lantip?
Iniah soalan yang sering diperbualkan oleh mereka yang suka melepak diwarung-warung dan kedai-kedai kopi. Persoalan ini timbul disebabkan pencalunan saudara Joseph Paulus Lantip yang juga dikenali JPL diperolehi disaat akhir tarik pencalunan pada 20 April 2013 yang lalu.
Sebagai ahli Parti PBS, kita mesti akur kepada keputusan pucuk pemimpin, walupun sukar diterima. Pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan parti PBS tetap selamanya, untuk menjaga rakyat khususnya masyarakat Kadazandusun, Sama, dan Cina.
Bagi setengah orang, nama beliau ini jarang diperkatakan disebabkan, beliau tidak menonjol dalam arena politik tanah air. Walau bagaimanapun di dalam Persatuan KDCA, nama beliau tidak asing lagi disebabkan beliau berjawatan sebagai Bendahari Agung pertubuhan KDCA.
Nama beliau juga sangat dikenali oleh mereka yang, berkecimpung dalam bidang perniagaan. Beliau memegang jawatan sebagai pengarah dalam beberapa syarikat milik beliau sendiri. Beliau juga telah menjadi ahli PBS sejak penubuhannya pada tahun 1985 lagi. Pada tahun 1994 beliau pernah ditawarkan sebagai calun PBS Inanam tetapi beliau menolaknya untuk memberi laluan kepada calun yang lain.
Dengan pengalaman yang beliau miiki itu, sudah barang tentu beliau mempunyai Misi dan Visi tersendiri, untuk meneruskan agenda yang belum selesai yang telah ditinggalkan oleh Mantan wakil rakyat Datuk Johnny Goh.
Ramai orang yang tidak senang dengan pencalunan beliau ini, oleh itu maka timbullah cerita yang memburuk-burukkan nama beliau. Saya percaya sebagai manusia biasa, dia mungkin tidak sempurna tetapi beliau sangat senang didekati oleh semua lapisan masyarakat.
Semua orang bermula dengan tidak dikenali, demikian juga dengan beliau ini. Saya percaya selepas pilihanraya ini, ramai orang akan mengenali siapa beliau ini. Oleh yang demikian marilah kita keluar beramai-ramai keluar mengundi pada 5 Mei 2013 ini untuk memastikan DUN N13 Inanam kita pertahankan sebagai kubu kuat PBS.
Tuesday, January 1, 2013
projek transformasi Luar Bandar tahun 2012 Kg Sinompuru
Pembinaan jalan baharu sejauh 300m telah dilaksanakan di Kampung Sinompuru pada 12 Disember yang lalu. Seramai 7 buah rumah kira-kira 20 orang telah mendapat menafaat dari projek kerajaan dimana rata-rata penduduk yang terlibat berkata sebagai 'Hadiah Kristmas' oleh kerajan kepada mereka.
Sebelum jalanraya ini dinaik tarafkan penduduk kampung di blok 2 kg Sinompuru menghadapi masalah menggunakan jalan tersebut. Mereka mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat N13 Inanam YB Datuk Johnny Goh kerana menghadiahkan projek tersebut yang selama ini diidam-idamkan oleh mereka.
Tomahan pembangkang terhadap kerajaan dimana tidak memberikan projek dikampung-kampung adalah salah dan tidak betul sama sekali. Apa yang penting semua penduduk kampung yang lain harus bersabar kerana mereka juga akan menerima projek pembaikan jalan mengikut masa, giliran masing-masing.
Monday, December 31, 2012
TIDAK PERNAH MERASA PUAS
Pernah anda mendengar cerita mengenai bapa, anak dan Kaledai?. Bagi anda yang pernah mendengar cerita ini sudah semestinya ketawa terbahak-bahak kerana terlalu melucukan?. Tetapi bagi anda pertama kali mendengarnya, baiklah saya teruskan cerita mengenai bapa, anak dan Kaledai ini.
Pada zaman dahulu diceritakan dua beranak iaitu bapa dan anak mempunyai seekor Keldai. Mereka pergi ke bandar dengan tujuan hendak membeli barang-barang keperluan mereka dua beranak. Oleh kerana sibapa sudah tua, maka sianak kata "Bapa baiklah bapa naik keldai ini dan saya akan menariknya" kata sianak. Maka naiklah bapa itu di atas keldai tersebut. Tiba-tiba mereka berjumpa dengan orang di tengah jalan iaitu orang pertama , lalu dia berkata "kesihan anak yang kecil ini, sanggup bapanya membiarkan anak menarik keldai tersebut sedangkan sibapa senang-senang naik atas keldai". Lalu sibapa mendengar dan berkata dalam hatinya 'betul juga cakap orang ini" katanya. Lalu dia turun dan dinaiknya anaknya diatas keldai.
Beberapa jauh kemudian mereka berjumpa pula dengan orang yang kedua dan orang kedua tersebut berkata "apa punya anak ini, langsung tidak kesian bapanya yang sudah tua menarik keldai sedangkan dia pula siok-siok naik atas keldai'. Anak mendengar cakap orang yang kedua ini lalu sianak turun dari atas keldai, kerana fikirnya betul juga cakap orang ini. Lalu anak dan bapa menarik keldai tersebut. Sedang mereka menarik keldai tersebut mereka berjumpa pula dengan orang ketiga, lalu orang ketiga tersebut berkata "bodoh punya orang, ada keldai ditarik kenapa tidak naik sama-sama sahaja" kata orang ketiga tersebut. Betul juga cakap orang ini kata anak dan bapa, lalu mereka naik sama-sama di atas keldai.
Tidak lama kemudia mereka berjumpa pula dengan orang keempat dan berkata " kesihan keldai itu sudahpun kurus anak dan bapa naik atas keldai lagi, mereka ini betul-betul tidak bertimbang rasa" kata orang keempat. Lalu anak dan bapa dengar cakap orang keempat tersebut dan kata mereka betul juga cakap orang ini lalu mereka berduapun memikul keldai itu bersama-sama.
Cerita tersebut sering kali kita mendengar dari orang yang sentiasa tidak pernah berpuas hati dengan cara orang mengurus pentadbiran negara kita. Walaupun banyak cara kerajaan untuk memberi kepuasan hati kepada semua rakyat ada sahaja komen dan ketidak puasan dalam hati mereka.
Barak Obama baharu-baharu ini diserang dengan 'fakta' yang bertubi-tubi untuk mengekang beliau daripada menjadi Presiden penggal kedua bagi Amerika., namun rakyat Amerika mejoriti masih mahu beliau menjadi presiden mereka.
Mahadir pernah menjadi Perdana Malaysia selama 22 tahun juga diserang oleh. Demikian juga Pairin begitu cemerlang sebagai Ketua Menteri Negeri Sabah 1985-1994 telah dijatuhkan kononnya seperti cerita tersebut di atas, tidak merasa puas dengan apa yang telah dibuatnya.
Yang hairannya orang-orang yang pernah bercakap, mengomen seperti Yong Teck Lee, Bumburing, Lajim dan ramai lagi tidakpun lebih baik daripada Pairin tetapi mereka semua lebih buruk dari biawak yang mempunyai lidah bercabang dua.
Monday, August 13, 2012
BUMBURING REBUT PELUANG JEFFREY MEMIMPIN KDM
BUMBURING REBUT PELUANG JEFFREY MEMIMPIN KDM
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan pernah memenangi kerusi DUN Bingkor, Keningau atas tiket Parti Bersatu Sabah (PBS). Datuk Wilfred Mojilip Bumburing juga pernah memenangi Kerusi DUN Tamparuli atas tiket PBS. Kedua-dua mereka memenagi kerusi itu ketika mereka di bawah pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS.
Bumburing kalah pada PRU10 di DUN Tamparuli, di tangan Calon PBS, Edward Linggu setelah Bumburing meninggalkan PBS dan menyertai UPKO. Jeffrey juga kalah di DUN Bingkur di tangan Justin Gunka BN (UPKO). Kedua-dua mereka kalah setelah membelakangkan kepimpinan Huguan Siau, TS Joseph Pairin Kitingan.
Nasib politik Jeffrey dan Bumburing dalam kontek ini hampir sama. Jeffrey mengetuai STAR setelah "membakar Jambatan dengan PKR dan Anwar Ibrahim. Manakala Bumburing menubuhkan NGO nya yang menyokong Pakatan Pembangkang khasnya PKR.
Jeffrey yang mengetuai STAR telah mampu merobohkan cawangan-cawangan atau ranting-ranting PKR di pelusuk negeri Sabah terutama di kawasan-kawasan pendalaman, untuk menyertai STAR. Ribuan ahli-ahli dan penyokong PKR dan PR menyertai Jeffrey dan STAR walaupun tidak diwar-warkan dalam media.
Bumburing pula disusuli oleh Maijol Mahap, Naib Presiden UPKO, menyertai Pakatan Pembangkang. Rakyat Sabah tidak perlu terkejut dengan tindakan Maijol kerana sejak 14 tahun berada dalam BN, Maijol telah lama menyimpan niat untuk bertanding dalam PRU. Jika dia menunggu peluang dalam BN, sudah tentu peluangnya amat terlalu tipis kerana kawasan yang diidam-idamkannya diwakili oleh Datuk Dr, Maximus Ongkili (PBS). Mana mungkin Maijol (UPKO masa itu) dipilih oleh pucuk pimpinan BN menggantikan Maximus.
Apapun alasan Maijol meninggalkan UPKO, di atas segala-gala alasan itu ialah dia ingin bertanding di kawasan idamannya yakni tanah tumpah darahnya, Kota Marudu. Peluang untuk Maijol bertanding hanyalah dengan menentang Calon BN, incumbent, Maximus dari BN (PBS).
Apakah Anwar dan Bumburing boleh terlalu ghairah menyatakan BN Sabah runtuh dengan penyertaan Maijol? Apakah Pakatan Pembangkang mampu berpesta kemenangan dengan penyertaan Lajim dan Bumburing yang sudah dikenalpasti sebagai BUKAN winnable candidates bagi BN bagi PRU13?
Jeffrey semasa bersama PKR adalah "ayam tambatan" Anwar dan PR khasnya PKR di Sabah. Jeffrey juga memegang penasihat kebangsaan PKR bagi Sabah dan Sarawak masa itu. Isu-isu yang di bawa Anwar di Sabah hingga ke hari ini adalah isu yang diperjuangkan dan digariskan Jeffrey. Tidak salah jika STAR mengatakan bahawa isu Anwar dan PR kini adalah berasal dari idea dan teras ideologi politik Jeffrey.
Bumburing tidak boleh berbangga dan isu RCI. Dia sendiri tidak mengiktiraf "officials" yang dilantik bagi suruhanjaya itu. barangkali dia cepat belajar dari Anwar dengan langsung menolak apa saja yang diusahakan BN, kendatipun perkara itu demi kepentingan dan keperluan yang nyata bagi rakyat Sabah.
Dulu, Jeffrey ayam tambatan Anwar di Sabah. Kini Bumburing hanya "dipuji puja" Anwar. Jeffrey semasa dalam PKR telah banyak mewujudkan ranting PKR dan melakukan "road show" di Seluruh Sabah. Pada suatu waktu, dia mengalami kecederaan besar dalam kemalangan jalan raya dalam melaksanakan promosi Parti yang disertainya, PKR.
Bumburing hanya mampu menawarkan Anwar dengan satu cawangan PBS yang dibubarkan di Kiulu, tidak berapa jauh dari rumah Bumburing. Dan Bumburing menyertai program PR yang diatur pihak lain. Manakala semasa Jeffrey dalam PKR, dia sendiri dan 'orang-orangnya" yang menganjur program untuk diresmikan Anwar atau pemimpin PKR Pusat.
Jeffrey dipecat Anwar walaupun dia yang meninggalkan PKR terlebih awal. Jeffrey mengatakan bahawa dia tidak mahu diperalat orang Kuala lumpur untuk kemahuan "politiknya" (politik orang KL). Kini, Bumburing menyokong Anwar untuk politik PR dan sekaligus politik Anwar (orang KL kata Jeffrey).
Terlalu awal untuk "judging" performance Bumburing dalam PR dalam masa terlalu sengkat penyertaannya. Situasi dan iklim politik juga berubah.
Apakah dia mampu menggantikan peranan Jeffrey? Apakah rekod Jeffrey dalam PR mampu dilepasinya?

Subscribe to:
Comments (Atom)