Keputusan Pilihanraya bagi kawasan N13 Inanam, sudahpun diketahui umum. Apa yang mengejutkan kekalahan calun BN N13 Inanam, saudara Joseph Paulus Lantip. Banyak andaian yang disebut-sebut oleh ramai orang sama ada cerita di kedai-kedai kopi atau dimana sahaja.
1. ROLAND CHIA MING SHEN PKR 8,926 MENANG
2. ENCHIN BIN MAJIMBUN @ ERIC SAPP 5,003
3. JOSEPH BIN PAULUS LANTIP BN 5,724
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 24,403
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 421
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 20,074
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 20,106
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 32
PERATUS PENGUNDIAN : 82.40%
MAJORITI : 3,202
Kemenangan Dr. Roland Chia dari parti PKR dengan memperolehi bilangan undi sebanyak 8,926 mengalahkan siangan terdekatnya calun BN-PBS En. Joseph Paulus Lantip dengan memperolehi 5,724 undi, dan Datuk Eric Majimbun memperolehi undi sebanyak 5,003 sahaja.
Jumlah pemilih berdaftar PRU13 bagi N13 Inanam berjumlah 24,403. Pada pilihanraya kali ini peratusan pengundian yang datang sebanyak 82.40%. Jumlah undi dalam peti undi seramai 20,074, manakala 421 undi rosak atau ditolak.
Dengan kemenangan PKR di N13 Inanam, maka berakhirlah sejarah bahawa N13 adalah kubu kuat PBS sejak 1994 hingga PRU12 2008. Banyak faktor-faktor yang menyumbang kepada kemenagan beliau, antaranya ialah:
- Calun yang dipilih saat akhir telah menyebabkan perpecaan sokongan;
- Ahli-ahli PBS yang masih setia kepada mantan ADUN N13 Inanam Datuk Johnny Goh, telah membuat undi protes dengan tidak menyokong calun BN-PBS;
- Persoalan hal-hal peribadi calun juga, menjadi isu yang tidak kurang pentingnya.
- Pengundi baru terutamanya golongan muda memberi sumbangan yang mantap kepada calun PKR Dr Roland.
Ahli-ahli PBS haruslah menggenepikan perbezaan pendapat, menolak budaya katam, dan yang terpenting sekali harus menghormati antara satu dengan yang lain. Pemikiran menjatuhkan pihak "kawan" sendiri akan memakan diri sendiri. Ahli-ahli PBS haruslah menggenepikan perasaan dendam agar kerusi N13 Inanam akan dapat dirampas semula jika ahli-ahli akan terus bersatu dan berganding tangan antara satu dengan yang lain.

No comments:
Post a Comment