Pernah anda mendengar cerita mengenai bapa, anak dan Kaledai?. Bagi anda yang pernah mendengar cerita ini sudah semestinya ketawa terbahak-bahak kerana terlalu melucukan?. Tetapi bagi anda pertama kali mendengarnya, baiklah saya teruskan cerita mengenai bapa, anak dan Kaledai ini.
Pada zaman dahulu diceritakan dua beranak iaitu bapa dan anak mempunyai seekor Keldai. Mereka pergi ke bandar dengan tujuan hendak membeli barang-barang keperluan mereka dua beranak. Oleh kerana sibapa sudah tua, maka sianak kata "Bapa baiklah bapa naik keldai ini dan saya akan menariknya" kata sianak. Maka naiklah bapa itu di atas keldai tersebut. Tiba-tiba mereka berjumpa dengan orang di tengah jalan iaitu orang pertama , lalu dia berkata "kesihan anak yang kecil ini, sanggup bapanya membiarkan anak menarik keldai tersebut sedangkan sibapa senang-senang naik atas keldai". Lalu sibapa mendengar dan berkata dalam hatinya 'betul juga cakap orang ini" katanya. Lalu dia turun dan dinaiknya anaknya diatas keldai.
Beberapa jauh kemudian mereka berjumpa pula dengan orang yang kedua dan orang kedua tersebut berkata "apa punya anak ini, langsung tidak kesian bapanya yang sudah tua menarik keldai sedangkan dia pula siok-siok naik atas keldai'. Anak mendengar cakap orang yang kedua ini lalu sianak turun dari atas keldai, kerana fikirnya betul juga cakap orang ini. Lalu anak dan bapa menarik keldai tersebut. Sedang mereka menarik keldai tersebut mereka berjumpa pula dengan orang ketiga, lalu orang ketiga tersebut berkata "bodoh punya orang, ada keldai ditarik kenapa tidak naik sama-sama sahaja" kata orang ketiga tersebut. Betul juga cakap orang ini kata anak dan bapa, lalu mereka naik sama-sama di atas keldai.
Tidak lama kemudia mereka berjumpa pula dengan orang keempat dan berkata " kesihan keldai itu sudahpun kurus anak dan bapa naik atas keldai lagi, mereka ini betul-betul tidak bertimbang rasa" kata orang keempat. Lalu anak dan bapa dengar cakap orang keempat tersebut dan kata mereka betul juga cakap orang ini lalu mereka berduapun memikul keldai itu bersama-sama.
Cerita tersebut sering kali kita mendengar dari orang yang sentiasa tidak pernah berpuas hati dengan cara orang mengurus pentadbiran negara kita. Walaupun banyak cara kerajaan untuk memberi kepuasan hati kepada semua rakyat ada sahaja komen dan ketidak puasan dalam hati mereka.
Barak Obama baharu-baharu ini diserang dengan 'fakta' yang bertubi-tubi untuk mengekang beliau daripada menjadi Presiden penggal kedua bagi Amerika., namun rakyat Amerika mejoriti masih mahu beliau menjadi presiden mereka.
Mahadir pernah menjadi Perdana Malaysia selama 22 tahun juga diserang oleh. Demikian juga Pairin begitu cemerlang sebagai Ketua Menteri Negeri Sabah 1985-1994 telah dijatuhkan kononnya seperti cerita tersebut di atas, tidak merasa puas dengan apa yang telah dibuatnya.
Yang hairannya orang-orang yang pernah bercakap, mengomen seperti Yong Teck Lee, Bumburing, Lajim dan ramai lagi tidakpun lebih baik daripada Pairin tetapi mereka semua lebih buruk dari biawak yang mempunyai lidah bercabang dua.


No comments:
Post a Comment