SEAMAT DATANG

Monday, April 29, 2013

KENAPA KITA PILIH CALUN BN-PBS N13 INANAM?



Kenapa kita pilih calun BN saudara Joseph Paulus Lantip?
Iniah soalan yang sering diperbualkan oleh mereka yang suka melepak diwarung-warung dan kedai-kedai kopi. Persoalan ini timbul disebabkan pencalunan saudara Joseph Paulus Lantip yang juga dikenali JPL diperolehi disaat akhir tarik pencalunan pada 20 April 2013 yang lalu. 

Sebagai ahli Parti PBS, kita mesti akur kepada keputusan pucuk pemimpin, walupun sukar diterima. Pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan parti PBS tetap selamanya, untuk menjaga rakyat khususnya masyarakat Kadazandusun, Sama, dan Cina.

Bagi setengah orang, nama beliau ini jarang diperkatakan disebabkan, beliau tidak menonjol dalam arena politik tanah air. Walau bagaimanapun di dalam Persatuan KDCA, nama beliau tidak asing lagi disebabkan beliau berjawatan sebagai Bendahari Agung pertubuhan KDCA.

Nama beliau juga sangat dikenali oleh mereka yang, berkecimpung dalam bidang perniagaan. Beliau memegang jawatan sebagai pengarah dalam beberapa syarikat milik beliau sendiri. Beliau juga telah menjadi ahli PBS sejak penubuhannya pada tahun 1985 lagi. Pada tahun 1994 beliau pernah ditawarkan sebagai calun PBS Inanam tetapi beliau menolaknya untuk memberi laluan kepada calun yang lain.

Dengan pengalaman yang beliau miiki itu, sudah barang tentu beliau mempunyai Misi dan Visi tersendiri, untuk meneruskan agenda yang belum selesai yang telah ditinggalkan oleh Mantan wakil rakyat Datuk Johnny Goh.

Ramai orang yang tidak senang dengan pencalunan beliau ini, oleh itu maka timbullah cerita yang memburuk-burukkan nama beliau. Saya percaya sebagai manusia biasa, dia mungkin tidak sempurna tetapi beliau sangat senang didekati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua orang bermula dengan tidak dikenali, demikian juga dengan beliau ini. Saya percaya selepas pilihanraya ini, ramai orang akan mengenali siapa beliau ini. Oleh yang demikian marilah kita keluar beramai-ramai keluar mengundi pada 5 Mei 2013 ini untuk memastikan DUN N13 Inanam kita pertahankan sebagai kubu kuat PBS.






No comments:

Post a Comment