Menggatal 28 Januari 2011: Sempena dengan Tahun Baru Cina pada tahun ini, siri jelajah YB Datuk Johnny Goh dan Pemimpin-pemimpin Bahagian PBS Inanam, terdiri daripada Pemimpin Bahagian, Sayap Wanita dan Pemuda telah berjumpa dengan penduduk yang tinggal di Pekan Menggatal, Kedai, dan Pasar. Dalam siri lawatan tersebut seluruh pekan Menggatal telah dilawati oleh beliau dan rombongan terutamanya beramah mesra dan mengucapkan selamat tahun baru cina kepada masyarakat kaum Cina yang tinggal dan berniaga di pekan tersebut.
 |
| YB Datuk Johnny Goh sedang bersalaman di kedai kopi Pekan Menggatal |
 |
| Di pasar pekan Menggatal juga tidak ketinggalan dikunjungi oleh YB Datuk Johnny Goh |
Sambil mengucapkan Gong Hi Fa Cai dan bersalaman dengan masyarakat Cina, rombongan yang mengiringi YB Datuk juga, mengedarkan kad jemputan rumah terbuka YB Datuk Johnny Goh pada 5 Februari 2011 bertempat di KK Taipan Inanam.
 |
| Pergerakan Wanita Bahagian yang diketuai oleh Datin Evelyn duduk berehat setelah penat berkunjung dari pintu kedai ke pintu kedai di pekan Menggatal |
 |
| Sebahagian daripada rombongan YB Datuk Johnny sedang bersalaman dengan orang ramai di Pekan Menggatal |
No comments:
Post a Comment