SEAMAT DATANG

Saturday, July 21, 2012

Perpaduan Pembangkang indah khabar dari rupa




Ikatan persefahaman yang selama ini dilaung-laungkan oleh pembangkang sebenarnya indah khabar dari rupa, ibarat kuching menyembunyikan tahi dengan menguis kakinya dengan tanah. Baharu-baharu ini saya telah bertemu dengan pemimpin kanan DAP di Sabah di Pekan Menggatal semasa mereka mengedarkan risalah untuk menjemput orang ramai datang ke perjempuan bersama dengan Lim Kim Siang bertarikh 20 Julai 2012. 

Dalam perjumpaan yang singkat tersebut saya minta pendapat mereka dengan perjuang SAPP dan Yong Teck Lee, mereka katakan "Oh YTL tidak boleh dipercayai' saya tanya lagi kenapa tidak boleh dipercayai 'Dia telah jual kuartes Tanjung Aru, dan kawasan persisiran pantai Tanjung Aru hingga ke Teluk Likas kepada syarikat' saya terus bertanya lagi 'YTL bilang dia akan berkerjasama dengan PR' jawabnya lagi 'Oh No, it's impossible' kami ntidak sehaluan' katanya ringkas dan lalu dia beredar.

No comments:

Post a Comment