SEAMAT DATANG

Wednesday, July 25, 2012

BN VS Pembangkang masing-masing meramal menang PRU13

Perkembangan terkini politik tanah air telah mendapat perhatian semua pihak termasuklah para cendekiawan diseluruh negara dimana perhimpunan Rundingan Meja bulat PRU13: Malaysia pilih siapa? anjuran kluster politik, keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa  Majlis Profesor Negara kelmarin (25 Julai 2012) semua bergelar profesor, masing-masing memberi ulasan kekuatan dan kelemahan parti termasuklah parti kerajaan hari ini.

Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian UKM, Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, hasil kajian menunjukkan populariti Najib meningkat 76% berbanding dengan dengan dua pemimpin uta pembangkang. Demikian juga sokongan Najib mengikut etnik terus meningkat iaitu 75% Melayu, 69.6% Cina, 71% India 85.5% Iban dan 84.4% bumiputra sabah (termasuk Kadazandusun, Bajau,Murut).

Peningkatan sokongan ini kata Fuad turut disokong dengan pendekatan yang dilakukan oleh Najib melalui slogan 1 Malaysia, Model baru Ekonomi, KR1M, BR1M, Rumah pertamku dan sebagainya.

Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok pula berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut. Pembangkang mungkin berpeluang mudah di kerusi seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan, katanya. "Saya tidak fikir deposit tetap itu akan kekal" katanya lagi yang merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara tradisinya menjadi kubu kuat BN.

Perbezaan pendapat dikalangan profesor ini membuatkan rakyat membuat kesimpulan bahawa mereka tidak tidak sehaluan disebabkan pegangan dan fahaman politik yang berbeza dan mungkin disebabkan oleh kepentingan masing-masing.

No comments:

Post a Comment