Polimek terbaharu yang melanda PAS dan DAP adalah perbelahan pendapat yang berlarutan mengenai berbezaan pendapat mengenai cara pemerintahaan PAS yang akan melaksanakan hukum hudud. Kapral Sing dengan nada serius berkali-kali menegaskan bahawa DAP tidak bersetuju jika sekirannya hukum Hudud itu dilaksanakan bila Pakatan memerintah.
Ketua Pemuda UMNO Khairy mengulas polemik terbaru antara PAS dan DAP, yang menyaksikan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan membuat kenyataan berhubung kesediaan Karpal Singh berkompromi mengenai hukum hudud, yang dinafikan Pengerusi DAP itu.
Pergeseran pendapat tersebut akan membawa satu kerugian yang besar kepada rakyat jika Pakatan memerintah, kerana kebimbangan pemerintahan Pakatan tidak aman dan tidak dapat mengurus negara kerana kemelut perbezaan pendapat tersebut.
Manakala di Sabah pula dasar perjuangan yang tidak sehaluan diantara Pakatan, SAPP dan STAR pula akan menyebabklan ketiga-tiga parti ini kan bertembung antara satau dengan yang lain yang akan memberikan keuntungan kepada BN untuk terus memerintah selepas PRU13.
Perjuangan kepentingan diri masing-masing akan menyebabkan isu-isu yang dibawa oleh STAR dengan 20 perkara, dan SAPP dengan isu NCR, dan pakatan dengan isu 20% royalti minyak tidak akan menjadi kenyataan kata seorang penyokong kuat pembangkang.
Mereka melihat bahawa pembangkang berjaya membawa isiu-isu yang menarik minat penyokong mereka tetapi pemimpini-pemimpin tersebut tidak bersungguh untuk memerintah negara. Perkembangan terkini kata penyokong mereka akan merugikan rakyat jika sekiranya tiada jalan penyelesaian untuk berkorban kepentinga diri dengan memberikan laluan perlawanan satu sama satu dengan pembangkang lawan BN.
Berita mengenai kenyataan Wilfred Bumburing dan Lajim Ukin keluar dari BN, tidak akan membawa keuntugan kepada pembangkang jika sekiranya, mereka akan menubuh parti masing-masing. Jika sekiranya Bumburing menubuh partinya sendiri maka jelas memberi gambaran bahawa mereka tidak bersunguh-sungguh untuk menjatuhkan BN tetapi sebaliknya memberi peluang kepada BN untuk memenangi PRU13 dengan lebih bergaya dan selesa.
Perkembangan terkini akan menyaksikan politik tanah air lebih menarik untuk diikuti. Peminat-peminat judi lebih tertarikan meramalkan siapakah diantara parti-parti pembangkang ini yang akan memenangi lebih banyak kerusi dan tidak yakin meramalkan bahawa pembangkang boleh mengalahkan kerajaan BN pada PRU13.
No comments:
Post a Comment