SEAMAT DATANG

Wednesday, July 25, 2012

BN VS Pembangkang masing-masing meramal menang PRU13

Perkembangan terkini politik tanah air telah mendapat perhatian semua pihak termasuklah para cendekiawan diseluruh negara dimana perhimpunan Rundingan Meja bulat PRU13: Malaysia pilih siapa? anjuran kluster politik, keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa  Majlis Profesor Negara kelmarin (25 Julai 2012) semua bergelar profesor, masing-masing memberi ulasan kekuatan dan kelemahan parti termasuklah parti kerajaan hari ini.

Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian UKM, Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, hasil kajian menunjukkan populariti Najib meningkat 76% berbanding dengan dengan dua pemimpin uta pembangkang. Demikian juga sokongan Najib mengikut etnik terus meningkat iaitu 75% Melayu, 69.6% Cina, 71% India 85.5% Iban dan 84.4% bumiputra sabah (termasuk Kadazandusun, Bajau,Murut).

Peningkatan sokongan ini kata Fuad turut disokong dengan pendekatan yang dilakukan oleh Najib melalui slogan 1 Malaysia, Model baru Ekonomi, KR1M, BR1M, Rumah pertamku dan sebagainya.

Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok pula berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut. Pembangkang mungkin berpeluang mudah di kerusi seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan, katanya. "Saya tidak fikir deposit tetap itu akan kekal" katanya lagi yang merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara tradisinya menjadi kubu kuat BN.

Perbezaan pendapat dikalangan profesor ini membuatkan rakyat membuat kesimpulan bahawa mereka tidak tidak sehaluan disebabkan pegangan dan fahaman politik yang berbeza dan mungkin disebabkan oleh kepentingan masing-masing.

Pembangkang tidak mahu memerintah tetapi lebih suka membangkang

Polimek terbaharu yang melanda PAS dan DAP adalah perbelahan pendapat yang  berlarutan mengenai berbezaan pendapat mengenai cara pemerintahaan PAS yang akan melaksanakan hukum hudud. Kapral Sing dengan nada serius berkali-kali menegaskan bahawa DAP tidak bersetuju jika sekirannya hukum Hudud itu dilaksanakan bila Pakatan memerintah.

Ketua Pemuda UMNO Khairy mengulas polemik terbaru antara PAS dan DAP, yang menyaksikan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan membuat kenyataan berhubung kesediaan Karpal Singh berkompromi mengenai hukum hudud, yang dinafikan Pengerusi DAP itu.

Pergeseran pendapat tersebut akan membawa satu kerugian yang besar kepada rakyat jika Pakatan memerintah, kerana kebimbangan pemerintahan Pakatan tidak aman dan tidak dapat mengurus negara kerana kemelut perbezaan pendapat tersebut.

Manakala di Sabah pula dasar perjuangan yang tidak sehaluan diantara Pakatan, SAPP dan STAR pula akan menyebabklan ketiga-tiga parti ini kan bertembung antara satau dengan yang lain yang akan memberikan keuntungan kepada BN untuk terus memerintah selepas PRU13.

Perjuangan kepentingan diri masing-masing akan menyebabkan isu-isu yang dibawa oleh STAR dengan 20 perkara, dan SAPP dengan isu NCR, dan pakatan dengan isu 20% royalti minyak tidak akan menjadi kenyataan kata seorang penyokong kuat pembangkang.

Mereka melihat bahawa pembangkang berjaya membawa isiu-isu yang menarik minat penyokong mereka tetapi pemimpini-pemimpin tersebut tidak bersungguh untuk memerintah negara. Perkembangan terkini kata penyokong mereka akan merugikan rakyat jika sekiranya tiada jalan penyelesaian untuk berkorban kepentinga diri dengan memberikan laluan perlawanan satu sama satu dengan pembangkang lawan BN.

Berita mengenai kenyataan Wilfred Bumburing dan Lajim Ukin keluar dari BN, tidak akan membawa keuntugan kepada pembangkang jika sekiranya, mereka akan menubuh parti masing-masing. Jika sekiranya Bumburing menubuh partinya sendiri maka jelas memberi gambaran bahawa mereka tidak bersunguh-sungguh untuk menjatuhkan BN tetapi sebaliknya memberi peluang kepada BN untuk memenangi PRU13 dengan lebih bergaya dan selesa.

Perkembangan terkini akan menyaksikan politik tanah air lebih menarik untuk diikuti. Peminat-peminat judi lebih tertarikan meramalkan siapakah diantara parti-parti pembangkang ini yang akan memenangi lebih banyak kerusi  dan tidak yakin meramalkan bahawa pembangkang boleh mengalahkan kerajaan BN pada PRU13.

Saturday, July 21, 2012

Perpaduan Pembangkang indah khabar dari rupa




Ikatan persefahaman yang selama ini dilaung-laungkan oleh pembangkang sebenarnya indah khabar dari rupa, ibarat kuching menyembunyikan tahi dengan menguis kakinya dengan tanah. Baharu-baharu ini saya telah bertemu dengan pemimpin kanan DAP di Sabah di Pekan Menggatal semasa mereka mengedarkan risalah untuk menjemput orang ramai datang ke perjempuan bersama dengan Lim Kim Siang bertarikh 20 Julai 2012. 

Dalam perjumpaan yang singkat tersebut saya minta pendapat mereka dengan perjuang SAPP dan Yong Teck Lee, mereka katakan "Oh YTL tidak boleh dipercayai' saya tanya lagi kenapa tidak boleh dipercayai 'Dia telah jual kuartes Tanjung Aru, dan kawasan persisiran pantai Tanjung Aru hingga ke Teluk Likas kepada syarikat' saya terus bertanya lagi 'YTL bilang dia akan berkerjasama dengan PR' jawabnya lagi 'Oh No, it's impossible' kami ntidak sehaluan' katanya ringkas dan lalu dia beredar.

Sunday, July 15, 2012

Kenapa YB Datuk Johnny Goh masih mendapat sokongan rakyat?

Ramai pemimpin-pemimpin pembangkang cuba menarik simpati rakyat untuk mengalih sokongan mereka kepada parti mereka masing-masing. Pembangkang cuba memburuk-burukkan Bahagian PBS N13 Inanam, dengan harapan apabila rakyat diracunkan dengan berbagai provakasi, fitnah sokongan rakyat akan berkurangan kepada PBS N13 Inanam dan wakil rakyat Datuk Johnny Goh.

Namun taktik  dan jerat mereka tidak mengena, kerana semakin bertambah ramai sokongan rakyat kepada PBS terutamanya di Bahagian PBS N13 Inanam dibawah kepimpinan YB Datuk Johnny Goh. Contohnya Penubuhan cawanagan Baharu di Kg Magkadap, Bambangan dengan kemasukan lebih 60 orang  ahli baharu yang diketuai oleh saudara Linus. Cawangan KG Bambangan Inanam dirumah kediaman Richard Daim, seramai 30 orang ahli baharu telah mengemukan keahlian kepada YB Datuk Johnny Goh.

Sokongan rakyat terhadap PBS di kawasan N13 Inanam ini, akan memberi isyarat bahawa, N13 Inanam adalah milik PBS dalam PRU 13 ini.

Tomahan dan putar belit pembangkang terhadap kepimpinan YB Datuk Johnny Goh, tidak sedikitpun merubah sokongan rakyat kepada wakil sekarang. Dengan sokongan rakyat kepada kepimpinan Dtk Johnny Goh, membuktikan bahawa kepimpinan beliu masih diperlukan.

Pujian dan sokongn YB Tan Sri Huguan Siou kepada YB Datuk Johnny Goh semasa Perhimpuan Agung di adakan di dewan Menggatal bahru-baaaru ini, menguatkan lagi harapan dan peluang bahawa YB Dstuk Johnny Goh masih diperlukan oleh rakyat dan pucuk kepimpinan tertinggi PBS.

Hakikat kenapa rakyat perlu TOLAK Pembangkang



Perancangan Pakatan Rakyat yang kononnya merangkumi pendidikan, ekonomi, pengurusan negara, merombak struktur subsidi dan menitiberatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat hanya satu helah dan pembohongan untuk berkuasa.

Boleh dilihat kesemua janji-janji tersebut langsung tidak rasional untuk dilaksanakan malah ia boleh meranapkan Negara yang telah dibangunkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi.

Kita lihat apa yang menyebabkan matlamat Pembangkang ini perlu ditolak oleh rakyat.

1.Kalau Pakatan memerintah, kita janjikan pendapatan isi rumah di Malaysia paling kurang RM 4,000 sebulan.

Hakikat Sebenar -Untuk mencapai pendapatan isi rumah RM 4,000 sebulan, kadar pertumbuhan ekonomi perlu berada pada tahap 21.7%, tetapi negara-negara maju Asia seperti China yang mempunyai kadar pertumbuhan paling tinggi pun hanya berada pada tahap 10% tahun lalu. Jadi jelas ia langsung tidak rasional untuk dipraktikkan.

2.Kalau Pakatan memerintah, kita akan mengarahkan khazanah dan kwsp mengambil alih konsesi lebuh raya untuk pemberian tol percuma.

Hakikat Sebenar –Untuk melaksanakan tol percuma, ia memakan belanja yang sangat tinggi iaitu 2/3 dari jumlah keseluruhan pendapatan kerajaan persekutuan. Jadi secara logiknya jika amaun RM 50 ke RM 100 billion hanya digunakan untuk membayar tol maka perbelanjaan lain atau subsidi yang dilaksanakan untuk meringankan beban rakyat akan dihapuskan. Selain itu bagi menanggung kos tersebut kerajaan Pakatan akan menggunakan wang KWSP yang disimpan oleh rakyat. Hakikatnya kerajaan Barisan Nasional tidak pernah sesekali pun akan menggunakan wang KWSP untuk kepentingan negara.

3.Kalau Pakatan memerintah, kita akan memberi imbuhan RM 500 kepada para guru.

Hakikat Sebenar –Negara mempunyai lebih 400,000 guru, jadi kos yang diperlukan untuk melaksanakan matlamat tersebut adalah RM2.4 billion. Berikutan kos nya yang terlalu tinggi tentu banyak peruntukkan untuk kemudahan lain terpaksa dipotong malah peruntukkan untuk pembangunan rakyat luar bandar juga mungkin terjejas.

4.Kalau Pakatan memerintah, kita akan memberi 20% royalty minyak kepada Sarawak.

Hakikat Sebenar –Jika perkara ini terjadi maka ia pasti akan mengurangkan dividen Petronas sebanyak RM12.5 billion dan sekaligus akan menjunamkan kelestarian Petronas untuk jangka masa panjang.

5.Kalau Pakatan memerintah, kita akan lupuskan ladang Felda Plantations. 330,000 hektar tanah akan kita bahagikan kepada semua keluarga peneroka.

Hakikat Sebenar –Terdapat lebih 1.6 juta orang keluarga peneroka di negara ini. Dengan keluasan tanah 330,000 hektar maka seorang peneroka hanya akan mendapat satu ekar tanah sahaja. Tidakkah ia lebih merugikan jika dibandingkan apa yang telah diberi oleh kerajaan.

6.Program 100 hari pembangkang.

Hakikat Sebenar- Matlamat ini adalah yang paling tidak logik untuk dipraktikkan. Cuba renungkan nenek moyang kita, pemimpin-pemimpin terdahulu telah mengambil masa yang lama untuk menjadikan negara membangun sehingga mampu bersaing dengan negara Asia lain. Malah dengan tempoh yang tidak sampai setahun mereka meletakkan angan-angan untuk mentadbir negara. Sudah jelas mereka ini sememangnya tamak dan rakus untuk memerintah.

Untuk membangunkan sebuah negara, ia memerlukan satu tempoh dan perancangan yang teliti kerana ia melibatkan rakyat pelbagai kaum. Dengan sikap pembangkang yang tidak bersatu itu, mana mungkin hasrat untuk mentadbir negara dalam 100 hari dapat dilaksanakan.

Kita tidak mahu masalah yang menimpa Pulau Pinang dan Selangor terjadi kepada keseluruhan negara ini. Kita sudah lihat di media-media massa dipaparkan bagaimana kerakusan pembangkang yang lebih bijak merampas hak rakyat, membohong rakyat dengan janji-janji palsu.

?Sehubungan itu, rakyat Malaysia dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat ini janganlah menyokong manusia-manusia yang bertopengkan syaitan ini. Golongan pemimpin seperti ini tidak mampu untuk menyatukan dan memperkukuhkan parti ini apatah lagi negara yang sedang pesat membangun.

Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

TUJUH SEBAB BN (PBS) MASIH PILIHAN TERBAIK

 Tujuh sebab rakyat perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Kita perlu membuat pertimbangan dan perbandingan  sama ada mahu mengekalkan BN sebagai kerajaan yang memerintah ataupun sebaliknya.

1. Bila sampai masanya pilihanraya Ke 13 rakyat harus membuat keputusan yang matang, bukan berdasarkan perasaan kerana ada pepatatah mengatakan 'ikut rasa binasa, ikut rasa binasa'

2. Pertamanya pertimbangkan antara BN dan pembangkang mana satu kepimpinan yang boleh dipercayai dan tepati janji.

3. Keduanya pilihlah siapa antara BN dan pembangkang yang boleh tentukan esok lebih baik daripada hari ini,

4. Rakyat perlu pertimbangkan pihak mana yang boleh mempertahankan rukun negara dan Perlembagaan Persekutuan.

5.  Rakyat juga perlu kepimpinan yang boleh menguruskan ekonomi negara dengan baik dan memastikan perpaduan dan keharmonian negara dapat dikekalkan.

6.  Rakyat perlu memikir  kerajaan yang boleh membuat perubahan dan pembaharuan secara tersusun melalui pelbagai pelan transformasi juga perlu menjadi pertimbangan utama.

7.  Rakyat juga perlu pilih pemimpin yang boleh tentukan kemakmuran negara sehingga mencapai negara maju berpendapatan tinggi,

Saturday, July 14, 2012

Antara kaca dan permata



Jangan kerana kepintarannya berkata-kata, kita terpedaya dan kita mengatakan dialah permata, padahal ia mampu merosakkan keharmonian, kedamaian, keamanan dan kesejahteraan, jangan pula kerana lemah, dan lembab itu kita katakan kaca padahal dialah penyelamat kita dibumi kita yang tercinta.