Menggatal (24 Julai 2011): Presiden PBS YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pairin Datuk Kitingan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur, memuji PBS Bahagian N13 Inanam, kerana telah melaksanakan pemganjuran mesyuarat Agung dengan baik serta mempunyai ahli-ahli yang bersemangat tinggi, yang mana memberikan suntikan semangat yang baharu kepadanya.
Beliau juga percaya dengan kehadiran yang begitu ramai, ahli-ahli PBS N13 Inanam kali ini, merupakan satu petanda bahawa Inanam adalah kubu kuat PBS dan beliau yakin, menjelang PRU13 nanti, PBS N13 Inanam boleh mengekalkan kerusi dengan mudah.
Sehubungan dengan itu, beliau juga telah menerima seramai lebih 400 orang daripada Parti pembangkang terutamanya dari SAPP dan PKR untuk memasuki Parti PBS.
Tan Sri Pairin sedang menyematkan lambang PBS kepada salah seorang ahli baru PBS, sambil diperhatikan oleh Yb Datuk Johnny Goh Wakil Rakyat N13 Inanam |
No comments:
Post a Comment