SEAMAT DATANG

Tuesday, May 3, 2011

Musa: Jadikan Pesta Kaamatan medan untuk erat perpaduan rakyat

Musa: Jadikan Pesta Kaamatan medan untuk erat perpaduan rakyat


030511-lead-2a
TIBA … Musa diiringi oleh Hajiji, Jahid dan Bumburing disambut dengan tarian tradisional.

3rd May, 2011TAMPARULI: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman menyeru rakyat di negeri ini supaya menjadikan sambutan Pesta Kaamatan sebagai medan untuk mengeratkan perpaduan dan memartabatkan budaya.
Beliau berkata sambutan itu turut menyumbang kepada kepesatan industri pelancongan negeri menerusi keunikan budaya.
“Bagi kita di Sabah, inilah antara kesempatan terbaik untuk kita mengeratkan lagi semangat perpaduan, persaudaraan dan kehar- monian dalam kalangan pemimpin dan rakyat pelbagai kaum dan etnik, menerusi keunikan adat dan budaya tempatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri, di Dewan Tun Hamdan Tamparuli, Tuaran, di sini, pada Ahad.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Haji Hajiji Haji Noor.
Tema sambutan Pesta Kaamatan tahun ini ialah “Fahaman Terhadap Kebudayaan – Langkah Bijak ke Hadapan” atau “Pirotian Id Koubasanan-Ralan Koburuon”.
Musa, berkata tema itu jelas menggambarkan betapa pentingnya rakyat negeri ini saling memahami, menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya yang bukan sahaja unik, malah ia menjadi tunjang kekuatan perpaduan, kemakmuran dan kemajuan rakyat Sabah dengan semangat 1Malaysia.
Beliau berkata, sambutan itu juga turut menyumbang kepada kepesatan industri pelancongan negeri menerusi keunikan budaya tempatan
“Ini sekali gus membuktikan rakyat di negeri ini sentiasa bersatu padu dan boleh merayakan semua perayaan dengan penyertaan seluruh masyarakat berbilang kaum dan agama, dengan semangat muhibah dan penuh harmoni,” katanya.
Beliau juga menyeru lebih ramai rakyat berbilang kaum terutamanya generasi muda menyertai dan menjayakan Pesta Kaamatan sepanjang bulan ini.
Katanya, ini penting bagi memberikan pendedahan, kefahaman dan kesedaran kepada golongan muda mengenai kepentingan meme- lihara dan memartabatkan budaya tempatan.
“Kita bersyukur kerana Sabah terus membangun dengan pesat dalam pelbagai bidang. Kerajaan terus komited memacu pembangunan di seluruh pelosok negeri dengan sokongan padu rakyat yang membolehkan kita menik- mati kestabilan politik, kemakmuran sosial dan ekonomi.
“Ini termasuklah dalam sektor pelancongan budaya yang dijana menerusi keunikan dan kepelbagaian budaya masyarakat tempatan,” katanya.
Sambutan Pesta Kaamatan yang diadakan setiap tahun antara lainnya bertujuan mempamer kekayaan kebudayaan dan warisan budaya masyarakat Sabah. Acara kemuncak akan diadkan di Hongkod Koisaan Penampang pada 30 dan 31 Mei ini.

No comments:

Post a Comment