SEAMAT DATANG

Tuesday, February 22, 2011

Gaya Kepimpinan yang perlu diterapkan ke dalam Pentadbiran Bahagian PBS Inanam

KEPIMPINAN

Gaya kepimpinan adalah penampilan kita terhadap orang yang sedang kita cuba pengaruhi. Satu cara praktikal untuk menerangkan gaya kepimpinan adalah sejauh mana Sikap mengarah dan Sikap menyokong digunakan dan diimbangi.


Sikap mengarah adalah di manapemimpin menerangkan secara terperinci apa yang perlu dilakukan, di mana, bagaimana, bila dan siapa yang bertanggungjawab dengan sebanyak maklumat yang diperlukan. Dalam gaya ini, komunikasi adalah pada dasarnya sehala dan terfokus kepada tugas dan tanggungjawab. 


Sikap menyokong  pula pemimpinmenetapkan had jangkaan yang positif, menggalakkan, dan mendengar pandangan, memuji pencapaian dan membantu percambahan idea orang lain. Dalam gaya ini, komunikasi adalah dua hala. Menggabungkan kedua gaya ini akan menghasilkan empat gaya kepimpinan.


Gaya 1: Pemimpin menerangkan, menunjuk cara dan memberi maklumbalas atas prestasi. Ianya mungkin berbunyi begini, “ Tengok apa yang saya buat, saya akan terangkan langkah demi langkah. Kemudian, anda boleh mencubanya sendiri. Jangan risau untuk mempelajarinya semuanya pada satu masa kerana saya akan berikan segala bantuan yang mungkin anda perlukan.” Sokongan adalah menetapkan had jangkaan secara positif dan menyediakan komunikasi dua hala yang mencukupi untuk memastikan arahan yang diterima jelas dan maklumbalas positif


Gaya 2 : Gaya ini lebih menjurus kepadalatihan. Dari segi struktur, ia menyerupai gaya 1, tapi pemimpin lebih menekankan soal sokongan, dengan memahaman yang lebih mendalam, latihan kemahiran, maklumbalas positif. Dalam gaya ini, pemimpin banyak melibatkan orang bawahannya dalam perbincangan. Ianya mungkin berbunyi begini, “Saya amat menghargai usaha anda dalam tugas ini. Biar saya terangkan kenapa ia harus dijalankan begini dan say sedia menjawab sebarang soalan. Kita akan pastikan anda mendapat segala bantuan yang ada perlu kan


Gaya 3 : Dalam gaya ini ,galakkan dan pengukuhan digunakan. Bila menggunakan gaya ini, pemimpin tidak mengarah tetapi berkongsi tanggungjawab dalam membuat sebarang keputusan. Ianya mungkin berbunyi begini, “Saudara, kita semua boleh mendapat manfaat dari pengalaman lampau anda. 


Gaya 4 : Dalam gaya keempat ini,pemimpin member orang bawahannya lebih ruang untuk membuat keputusan dan menjalannya. Dari keempat gaya ini, Gaya 4 adalah paling longgar dari segi struktur. “Saudara tahu apa yang kita harapkan dari tugas ini. Anda biasa dengan bidang kerja ini. Ambil tanggungjawab ini, anda tahu kekangan dan hadnya. Hubungi saya jika perlukan apa-apa.” Sikap menyokong digunakan sebagai pengukuhan dan memberi yang sesuai ganjaran sekiranya Ianya mungkin berbunyi begini, berjaya mencapai hasil yang diharapkan. Setiap dari gaya kepimpinan ini,  dapat disesuaikan dengan satu dari  empat tahap kesediaan. 


Tanyalah diri anda soalan-soalanberikut, 
  • Apakah tugas dan hasil yang saya mahu dari individu ini?
  • Dengan maklumat yang saya ada, apakah yang individu ini perlukan dari saya untuk berjaya
  • Apakah keseimbangan antara sikap mengaerah dan sikap menyokong yang sesuai bagi dia?  
Bagaimanakah saya dapat memberikan sokongan agar beliau akan dapat bertugas dengan efektif?

Dengan menjawab soalan-soalan tadi, usaha kepimpinan akan menjadi satu strategi mempengaruhi yang mantap dan tidak hanya satu usaha cuba-jaya.



Wednesday, February 16, 2011

KEPIMPINAN PBS BAHAGIAN N13 INANAM

Mesyuarat Agung PBS Bahagian N13 Inanam, semakin dekat dan ada beberapa ahli yang ingin menawarkan diri untuk bertanding untuk merebut jawatan tertentu. Jawatan yang diwar-warkan sangat hangat diperkatakan ialah jawatan No.2 iaiitu jawatan Timbalan Ketua Bahagian. Jawatan sekarang ini dipegang oleh Saudara Michael Sumbiling, yang dijangka akan ditentang oleh muka baru. Dipahamkan Jawatan No.1 iaitu Jawatan Ketua Bahagian tidak ditentang kerana majoriti ahli-ahli diperingkat cawanagan atau bahagian masih memerlukan kepimpinan YB Datuk Johnny Goh.

Siapapun yang akan menang dalam Pemilihan Mesyuarat Agung itu nanti, biarlah boleh membantu memperkemaskan jentera pilihan raya ke13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Selain daripada itu barisan kepimpinan yang baru ini dapat merancang, melaksanakan Misi dan Visi Ketua Bahagian untuk merealisasikan matlamat Bahagian ini untuk mengutamakan pembangunan untuk rakyat.

Adalah diharapkan pemilihan ini nanti tidak akan memecah-belahkan perpaduan tetapi menganggap pemilihan ini sebagai pertandingan persaudaraan dan tidak akan menjadi batu penghalang untuk menjadikan bahagian ini satu landasan yang kukuh dan dihormati.

Kepada semua pengerusi cawangan yang berdaftar datanglah kemesyuarat agung itu nanti dan gunakan kuasa anda untuk masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang. Anda adalah penentu masa depan barisan kepimpinan bahagian yang akan datang.


Sunday, January 30, 2011

BN Menang PRK di N5 Tenang, Johor

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 orang daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus. 

"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Proses pengundian bagi kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, ditutup pukul 5 petang ini. 

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata kesemua 12 pusat pengundian yang dibuka pukul 8 pagi tadi telah ditutup dan peti-peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Keputusan dijangka akan diumumkan pada pukul 8 malam ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandang Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.



7.15pm Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut. 

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,963 undi.

calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,733 undi - meningkat 1,243 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.
7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622

BN hampiri kemenangan, sebanyak 3,577 undi lagi yang belum dikira.

6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252

6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387.

Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira.

Masih terdapat 4,125 undi masih belum dikira.

6.53pm: 
BN 3,737, PAS 1,692, majoriti 2,045

6.51pm: 
Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67

6.50pm: BN 2,038, PAS 1,207

6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.

Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533.

6.34pm: 
Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365

6.31pm 
SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.

6.27pm: 
PAS - 1,136, BN - 634.

6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90.

6.15pm 
Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.

6.10pm: 
Undi pos: BN - 115, PAS - 3, rosak - 1.

Saturday, January 29, 2011

"Gong Xi Fa Cai" Siri lawatan Tahun Baru Cina Ketua Bahagian PBS Inanam YB Datuk Johnny Goh ke Pekan Inanam

Menggatal 28 Januari 2011: Sempena dengan Tahun Baru Cina pada tahun ini, siri jelajah YB Datuk Johnny Goh dan Pemimpin-pemimpin Bahagian PBS Inanam, terdiri daripada Pemimpin Bahagian, Sayap Wanita dan Pemuda telah berjumpa dengan penduduk yang tinggal di Pekan Menggatal, Kedai, dan Pasar. Dalam siri lawatan tersebut seluruh pekan Menggatal telah dilawati oleh beliau dan rombongan terutamanya beramah mesra dan mengucapkan selamat tahun baru cina kepada masyarakat kaum Cina yang tinggal dan berniaga di pekan tersebut.


YB Datuk Johnny Goh sedang bersalaman di kedai kopi Pekan Menggatal

Di pasar pekan Menggatal juga tidak ketinggalan dikunjungi oleh YB Datuk Johnny Goh



Sambil mengucapkan Gong Hi Fa Cai dan bersalaman dengan  masyarakat Cina, rombongan yang mengiringi YB Datuk juga, mengedarkan kad jemputan rumah terbuka YB Datuk Johnny Goh pada 5 Februari 2011 bertempat di KK Taipan Inanam.

Pergerakan Wanita Bahagian yang diketuai oleh Datin Evelyn duduk berehat setelah penat berkunjung dari pintu kedai ke pintu kedai di pekan Menggatal

Sebahagian daripada rombongan YB Datuk Johnny sedang bersalaman dengan orang ramai di Pekan Menggatal



Monday, January 24, 2011

Isu Normala calun PAS N5 Tenang, Johor pakai sarung tangan bila bersalaman

Isu melibatkan Normala Sudirman calun PAS di N5 Tenang, Johor, enggan bersalaman dengan lelaki, merupakan satu isu yang bukan asing di negeri Sabah. Sebagai sebuah Negara yang mempunyai penduduk majmuk dan mempunyai pegangan yang berbeza-beza, saya merasakan bahawa kita sebagai rakyat negara Malaysia harus menghormati amalan dan pegangan agama masing-masing. Kita tidak boleh memaksa seorang muslim perempuan bersalaman dengan kita sebagai seorang lelaki kerana itu kepercayaan agama islam. 
Oleh yang demikian, semua agama di Negara ini harus mematuhi dan menghormati keprcayaan masing-masing dengan tidak memasukkan unsur-unsur politik dalam agama. Saya tabik kepada puan Normala kerana tetap dengan pendiriannya tidak bersalaman dengan lelaki walaupun sepatutnya untuk mahu meraih atau mengambil hati kaum lelaki, beliau menggadaikan kepercayaannya untuk bersalaman dengan mereka.

Tuesday, January 18, 2011

sabahkini.net: ERIC MAJIMBUN TOTALLY OUT OFF TRACK

sabahkini.net: ERIC MAJIMBUN TOTALLY OUT OFF TRACK:

By: DAP MEDIA

THE Sabah DAP Vice Chairman, Edward Ewol Mujie said the statement made by the SAPP Deputy President cum Sepanggar MP Datuk Eric Majimbun in the local newspaper on the 5th of January, Wednesday, criticizing and attacking the DAP Kota Kinabalu MP Dr. Hiew King Cheu demonstrated that he is not only elegant but cannot accept nor tolerate a fellow MP working and setting up a second service centre in the Inanam town. He is either envy or felt offended and rather jealous towards the hard working KK MP doing so much work for the people in Kota Kinabalu and Inanam.

Edward said even thought Eric felt bad, he should not openly attack a fellow MP for serving the people positively by setting up a second MP Service centre. Furthermore, Eric said Hiew’s statement is boastful and is singing his own praise, I find that he has the right say what he like and I don’t think the statement made by the KK MP is boastful. To Eric, he seems to feel that everything is wrong.

Dr, Hiew is in fact the sole and lone opposition MP from Sabah not counting the two ‘BEBAS’ MPs from SAPP who never declared themselves as opposition in Parliament. The difference is the KK MP won his seat under the banner of the strong opposition DAP and while the two so called Independent MPs had won their seats under the banner and logo of BN.

We can see the difference and until today Eric still harping on the issue that “SAPP is opposing what needs to be opposed at the state and federal levels, and are not driven by the sake of publicity but by the grouses of the people”.

sabahkini.net: PRU-13 SEMAKIN HAMPIR, BN SUDAH BERSEDIA

sabahkini.net: PRU-13 SEMAKIN HAMPIR, BN SUDAH BERSEDIA:
Oleh: SHAIMON S JUMADI
BAHANG pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir lantaran semua jentera gerakan pilihanraya di setiap markas di satu-satu mukim telah dibentuk sebagai persediaan yang cukup rapi bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa daripada sekarang.
Jawatankuasa Jentera Gerakan Pusat Mengundi bagi mukim Kampung Sogo-Sogo Tongod Kuamut sudahpun dibentuk melalui mesyuaratnya kelmarin yang membabitkan semua ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), antaranya UMNO dan PBS yang dipengerusikan sendiri oleh Ketua Bahagian UPKO kawasan Kinabantangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuamut, Masiung Banah telah membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan peranan dan perjalanan pilihanraya umum tersebut.
Menurut Masiung, pembentukan jawatankuasa jentera gerakan pilihanraya umum ini adalah atas arahan daripada Ibu Pejabat UPKO Pusat setelah menerima arahan dan nasihat oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negeri baru-baru ini.