Mesyuarat Agung PBS Bahagian N13 Inanam, semakin dekat dan ada beberapa ahli yang ingin menawarkan diri untuk bertanding untuk merebut jawatan tertentu. Jawatan yang diwar-warkan sangat hangat diperkatakan ialah jawatan No.2 iaiitu jawatan Timbalan Ketua Bahagian. Jawatan sekarang ini dipegang oleh Saudara Michael Sumbiling, yang dijangka akan ditentang oleh muka baru. Dipahamkan Jawatan No.1 iaitu Jawatan Ketua Bahagian tidak ditentang kerana majoriti ahli-ahli diperingkat cawanagan atau bahagian masih memerlukan kepimpinan YB Datuk Johnny Goh.
Siapapun yang akan menang dalam Pemilihan Mesyuarat Agung itu nanti, biarlah boleh membantu memperkemaskan jentera pilihan raya ke13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Selain daripada itu barisan kepimpinan yang baru ini dapat merancang, melaksanakan Misi dan Visi Ketua Bahagian untuk merealisasikan matlamat Bahagian ini untuk mengutamakan pembangunan untuk rakyat.
Adalah diharapkan pemilihan ini nanti tidak akan memecah-belahkan perpaduan tetapi menganggap pemilihan ini sebagai pertandingan persaudaraan dan tidak akan menjadi batu penghalang untuk menjadikan bahagian ini satu landasan yang kukuh dan dihormati.
Kepada semua pengerusi cawangan yang berdaftar datanglah kemesyuarat agung itu nanti dan gunakan kuasa anda untuk masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang. Anda adalah penentu masa depan barisan kepimpinan bahagian yang akan datang.
No comments:
Post a Comment