Pembinaan jalan baharu sejauh 300m telah dilaksanakan di Kampung Sinompuru pada 12 Disember yang lalu. Seramai 7 buah rumah kira-kira 20 orang telah mendapat menafaat dari projek kerajaan dimana rata-rata penduduk yang terlibat berkata sebagai 'Hadiah Kristmas' oleh kerajan kepada mereka.
Sebelum jalanraya ini dinaik tarafkan penduduk kampung di blok 2 kg Sinompuru menghadapi masalah menggunakan jalan tersebut. Mereka mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat N13 Inanam YB Datuk Johnny Goh kerana menghadiahkan projek tersebut yang selama ini diidam-idamkan oleh mereka.
Tomahan pembangkang terhadap kerajaan dimana tidak memberikan projek dikampung-kampung adalah salah dan tidak betul sama sekali. Apa yang penting semua penduduk kampung yang lain harus bersabar kerana mereka juga akan menerima projek pembaikan jalan mengikut masa, giliran masing-masing.

No comments:
Post a Comment