Gaya kepimpinan adalah penampilan kita terhadap orang yang sedang kita cuba pengaruhi. Satu cara praktikal untuk menerangkan gaya kepimpinan adalah sejauh mana Sikap mengarah dan Sikap menyokong digunakan dan diimbangi.
Sikap mengarah adalah di manapemimpin menerangkan secara terperinci apa yang perlu dilakukan, di mana, bagaimana, bila dan siapa yang bertanggungjawab dengan sebanyak maklumat yang diperlukan. Dalam gaya ini, komunikasi adalah pada dasarnya sehala dan terfokus kepada tugas dan tanggungjawab.
Sikap menyokong pula pemimpinmenetapkan had jangkaan yang positif, menggalakkan, dan mendengar pandangan, memuji pencapaian dan membantu percambahan idea orang lain. Dalam gaya ini, komunikasi adalah dua hala. Menggabungkan kedua gaya ini akan menghasilkan empat gaya kepimpinan.
Gaya 1: Pemimpin menerangkan, menunjuk cara dan memberi maklumbalas atas prestasi. Ianya mungkin berbunyi begini, “ Tengok apa yang saya buat, saya akan terangkan langkah demi langkah. Kemudian, anda boleh mencubanya sendiri. Jangan risau untuk mempelajarinya semuanya pada satu masa kerana saya akan berikan segala bantuan yang mungkin anda perlukan.” Sokongan adalah menetapkan had jangkaan secara positif dan menyediakan komunikasi dua hala yang mencukupi untuk memastikan arahan yang diterima jelas dan maklumbalas positif
Gaya 2 : Gaya ini lebih menjurus kepadalatihan. Dari segi struktur, ia menyerupai gaya 1, tapi pemimpin lebih menekankan soal sokongan, dengan memahaman yang lebih mendalam, latihan kemahiran, maklumbalas positif. Dalam gaya ini, pemimpin banyak melibatkan orang bawahannya dalam perbincangan. Ianya mungkin berbunyi begini, “Saya amat menghargai usaha anda dalam tugas ini. Biar saya terangkan kenapa ia harus dijalankan begini dan say sedia menjawab sebarang soalan. Kita akan pastikan anda mendapat segala bantuan yang ada perlu kan
Gaya 3 : Dalam gaya ini ,galakkan dan pengukuhan digunakan. Bila menggunakan gaya ini, pemimpin tidak mengarah tetapi berkongsi tanggungjawab dalam membuat sebarang keputusan. Ianya mungkin berbunyi begini, “Saudara, kita semua boleh mendapat manfaat dari pengalaman lampau anda.
Gaya 4 : Dalam gaya keempat ini,pemimpin member orang bawahannya lebih ruang untuk membuat keputusan dan menjalannya. Dari keempat gaya ini, Gaya 4 adalah paling longgar dari segi struktur. “Saudara tahu apa yang kita harapkan dari tugas ini. Anda biasa dengan bidang kerja ini. Ambil tanggungjawab ini, anda tahu kekangan dan hadnya. Hubungi saya jika perlukan apa-apa.” Sikap menyokong digunakan sebagai pengukuhan dan memberi yang sesuai ganjaran sekiranya Ianya mungkin berbunyi begini, berjaya mencapai hasil yang diharapkan. Setiap dari gaya kepimpinan ini, dapat disesuaikan dengan satu dari empat tahap kesediaan.
Tanyalah diri anda soalan-soalanberikut,
- Apakah tugas dan hasil yang saya mahu dari individu ini?
- Dengan maklumat yang saya ada, apakah yang individu ini perlukan dari saya untuk berjaya
- Apakah keseimbangan antara sikap mengaerah dan sikap menyokong yang sesuai bagi dia?
Dengan menjawab soalan-soalan tadi, usaha kepimpinan akan menjadi satu strategi mempengaruhi yang mantap dan tidak hanya satu usaha cuba-jaya.