SEAMAT DATANG

Sunday, May 12, 2013

KABINET NEGERI SABAH 2013

Kabinet Sabah

Ketua Menteri: Datuk Seri Musa Aman
Timbalan Ketua Menteri:
1. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS)
2. Datuk Yahya Hussin
3. Datuk Raymond Tan Shu Kiah

Kementerian Kewangan
Menteri: Datuk Seri Musa Aman
Pembantu Menteri:
1. Datuk Ramlee Marahaban (muka baru)
2. Datuk Michael Asang (PBS)

Kementerian Pembangunan Infrastruktur
Menteri: Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
Pembantu Menteri:
1. Datuk Bobbey Suan
2. Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Menteri: Datuk Yahya Hussin
Pembantu menteri:
1. Datuk Sairin Karno
2. Datuk Musbah Jamli

Kementerian Pembangunan Perindustrian
Menteri: Datuk Raymond Tan Shu Kiah
Pembantu menteri:
1.Datuk Bolkiah Ismail

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Menteri: Datuk Hajiji Noor
Pembantu Menteri:
1. Datuk Zakaria Edris (muka baru)
2. Datuk Dr Joachim Gunsalam (muka baru) (PBS)

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Masidi Manjun
Pembantu menteri:
1. Datuk Pang Nyuk Ming
2. Datuk Kamarlin Ombi (muka baru)

Kementerian Tugas-Tugas Khas
Menteri: Datuk Teo Chee Kang (muka baru)
Pembantu Menteri:
1. Datuk Ariffin Arif (muka baru)
2. Datuk Edward Yong Oui Fah (PBS)
3. Datuk Ellron Angin

Kementerian Luar Bandar
Menteri: Datuk Radin Malleh (muka baru) (PBS)
Pembantu menteri:
1. Datuk Nilwan Kabang (muka baru)

Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Menteri: Datuk Siringan Gubat (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Datuk Hamisah Samad (muka baru)

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Masiung Banah (muka baru)

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
Menteri: Datuk Jainab Ahmad (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Anita Baranting (muka baru) (PBS)

Sunday, May 5, 2013

Analisis PRU13 bagi kawasan N13 Inanam


Keputusan Pilihanraya bagi kawasan N13 Inanam, sudahpun diketahui umum. Apa yang mengejutkan kekalahan calun BN N13 Inanam,  saudara Joseph Paulus Lantip. Banyak andaian yang disebut-sebut oleh ramai orang sama ada cerita di kedai-kedai kopi atau dimana sahaja.

1. ROLAND CHIA MING SHEN PKR 8,926 MENANG
2. ENCHIN BIN MAJIMBUN @ ERIC SAPP 5,003
3. JOSEPH BIN PAULUS LANTIP BN 5,724
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 24,403
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 421
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 20,074
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 20,106
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 32
PERATUS PENGUNDIAN : 82.40%
MAJORITI : 3,202


Kemenangan Dr. Roland Chia dari parti PKR dengan memperolehi  bilangan undi sebanyak 8,926 mengalahkan siangan terdekatnya calun BN-PBS En. Joseph Paulus Lantip dengan memperolehi 5,724 undi, dan Datuk Eric Majimbun memperolehi undi sebanyak 5,003 sahaja.

Jumlah pemilih berdaftar PRU13 bagi N13 Inanam berjumlah 24,403. Pada pilihanraya kali ini peratusan pengundian yang datang sebanyak 82.40%. Jumlah undi dalam peti undi seramai 20,074, manakala 421 undi rosak atau ditolak.

Dengan kemenangan PKR di N13 Inanam, maka berakhirlah sejarah bahawa N13 adalah kubu kuat PBS sejak 1994 hingga PRU12  2008. Banyak faktor-faktor yang menyumbang kepada kemenagan beliau, antaranya ialah:
  • Calun yang dipilih saat akhir telah menyebabkan perpecaan sokongan;
  • Ahli-ahli PBS yang masih setia kepada mantan ADUN N13 Inanam Datuk Johnny Goh, telah membuat undi protes dengan tidak menyokong calun BN-PBS;
  • Persoalan hal-hal peribadi calun juga, menjadi isu yang tidak kurang pentingnya.
  • Pengundi baru terutamanya golongan muda memberi sumbangan yang mantap kepada calun PKR Dr Roland.
Dengan kekalahan saudara Joseph Lantip tersebut pada PRU13, bolehkah lagi beliau dicalunkan semula pada PRU14 2018 nanti, iaitu lima tahun dari sekarang?. Persoalan siapa calun PRU14 nanti adalah terlalu awal disebutkan. Namun  persiapan lebih awal haruslah dirancang dan merancang strategi untuk menambil hati pengundi yang telah dirampas oleh parti pembangkang.

Ahli-ahli PBS haruslah menggenepikan perbezaan pendapat, menolak budaya katam, dan yang terpenting sekali harus menghormati antara satu dengan yang lain. Pemikiran menjatuhkan pihak "kawan" sendiri akan memakan diri sendiri. Ahli-ahli PBS haruslah menggenepikan perasaan dendam agar kerusi N13 Inanam akan dapat dirampas semula jika ahli-ahli akan terus bersatu dan berganding tangan antara satu dengan yang lain.