SEAMAT DATANG

Sunday, January 30, 2011

BN Menang PRK di N5 Tenang, Johor

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 orang daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus. 

"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Proses pengundian bagi kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, ditutup pukul 5 petang ini. 

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata kesemua 12 pusat pengundian yang dibuka pukul 8 pagi tadi telah ditutup dan peti-peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Keputusan dijangka akan diumumkan pada pukul 8 malam ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandang Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.



7.15pm Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut. 

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,963 undi.

calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,733 undi - meningkat 1,243 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.
7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622

BN hampiri kemenangan, sebanyak 3,577 undi lagi yang belum dikira.

6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252

6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387.

Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira.

Masih terdapat 4,125 undi masih belum dikira.

6.53pm: 
BN 3,737, PAS 1,692, majoriti 2,045

6.51pm: 
Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67

6.50pm: BN 2,038, PAS 1,207

6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.

Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533.

6.34pm: 
Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365

6.31pm 
SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.

6.27pm: 
PAS - 1,136, BN - 634.

6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90.

6.15pm 
Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.

6.10pm: 
Undi pos: BN - 115, PAS - 3, rosak - 1.

Saturday, January 29, 2011

"Gong Xi Fa Cai" Siri lawatan Tahun Baru Cina Ketua Bahagian PBS Inanam YB Datuk Johnny Goh ke Pekan Inanam

Menggatal 28 Januari 2011: Sempena dengan Tahun Baru Cina pada tahun ini, siri jelajah YB Datuk Johnny Goh dan Pemimpin-pemimpin Bahagian PBS Inanam, terdiri daripada Pemimpin Bahagian, Sayap Wanita dan Pemuda telah berjumpa dengan penduduk yang tinggal di Pekan Menggatal, Kedai, dan Pasar. Dalam siri lawatan tersebut seluruh pekan Menggatal telah dilawati oleh beliau dan rombongan terutamanya beramah mesra dan mengucapkan selamat tahun baru cina kepada masyarakat kaum Cina yang tinggal dan berniaga di pekan tersebut.


YB Datuk Johnny Goh sedang bersalaman di kedai kopi Pekan Menggatal

Di pasar pekan Menggatal juga tidak ketinggalan dikunjungi oleh YB Datuk Johnny Goh



Sambil mengucapkan Gong Hi Fa Cai dan bersalaman dengan  masyarakat Cina, rombongan yang mengiringi YB Datuk juga, mengedarkan kad jemputan rumah terbuka YB Datuk Johnny Goh pada 5 Februari 2011 bertempat di KK Taipan Inanam.

Pergerakan Wanita Bahagian yang diketuai oleh Datin Evelyn duduk berehat setelah penat berkunjung dari pintu kedai ke pintu kedai di pekan Menggatal

Sebahagian daripada rombongan YB Datuk Johnny sedang bersalaman dengan orang ramai di Pekan Menggatal



Monday, January 24, 2011

Isu Normala calun PAS N5 Tenang, Johor pakai sarung tangan bila bersalaman

Isu melibatkan Normala Sudirman calun PAS di N5 Tenang, Johor, enggan bersalaman dengan lelaki, merupakan satu isu yang bukan asing di negeri Sabah. Sebagai sebuah Negara yang mempunyai penduduk majmuk dan mempunyai pegangan yang berbeza-beza, saya merasakan bahawa kita sebagai rakyat negara Malaysia harus menghormati amalan dan pegangan agama masing-masing. Kita tidak boleh memaksa seorang muslim perempuan bersalaman dengan kita sebagai seorang lelaki kerana itu kepercayaan agama islam. 
Oleh yang demikian, semua agama di Negara ini harus mematuhi dan menghormati keprcayaan masing-masing dengan tidak memasukkan unsur-unsur politik dalam agama. Saya tabik kepada puan Normala kerana tetap dengan pendiriannya tidak bersalaman dengan lelaki walaupun sepatutnya untuk mahu meraih atau mengambil hati kaum lelaki, beliau menggadaikan kepercayaannya untuk bersalaman dengan mereka.

Tuesday, January 18, 2011

sabahkini.net: ERIC MAJIMBUN TOTALLY OUT OFF TRACK

sabahkini.net: ERIC MAJIMBUN TOTALLY OUT OFF TRACK:

By: DAP MEDIA

THE Sabah DAP Vice Chairman, Edward Ewol Mujie said the statement made by the SAPP Deputy President cum Sepanggar MP Datuk Eric Majimbun in the local newspaper on the 5th of January, Wednesday, criticizing and attacking the DAP Kota Kinabalu MP Dr. Hiew King Cheu demonstrated that he is not only elegant but cannot accept nor tolerate a fellow MP working and setting up a second service centre in the Inanam town. He is either envy or felt offended and rather jealous towards the hard working KK MP doing so much work for the people in Kota Kinabalu and Inanam.

Edward said even thought Eric felt bad, he should not openly attack a fellow MP for serving the people positively by setting up a second MP Service centre. Furthermore, Eric said Hiew’s statement is boastful and is singing his own praise, I find that he has the right say what he like and I don’t think the statement made by the KK MP is boastful. To Eric, he seems to feel that everything is wrong.

Dr, Hiew is in fact the sole and lone opposition MP from Sabah not counting the two ‘BEBAS’ MPs from SAPP who never declared themselves as opposition in Parliament. The difference is the KK MP won his seat under the banner of the strong opposition DAP and while the two so called Independent MPs had won their seats under the banner and logo of BN.

We can see the difference and until today Eric still harping on the issue that “SAPP is opposing what needs to be opposed at the state and federal levels, and are not driven by the sake of publicity but by the grouses of the people”.

sabahkini.net: PRU-13 SEMAKIN HAMPIR, BN SUDAH BERSEDIA

sabahkini.net: PRU-13 SEMAKIN HAMPIR, BN SUDAH BERSEDIA:
Oleh: SHAIMON S JUMADI
BAHANG pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir lantaran semua jentera gerakan pilihanraya di setiap markas di satu-satu mukim telah dibentuk sebagai persediaan yang cukup rapi bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa daripada sekarang.
Jawatankuasa Jentera Gerakan Pusat Mengundi bagi mukim Kampung Sogo-Sogo Tongod Kuamut sudahpun dibentuk melalui mesyuaratnya kelmarin yang membabitkan semua ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), antaranya UMNO dan PBS yang dipengerusikan sendiri oleh Ketua Bahagian UPKO kawasan Kinabantangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuamut, Masiung Banah telah membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan peranan dan perjalanan pilihanraya umum tersebut.
Menurut Masiung, pembentukan jawatankuasa jentera gerakan pilihanraya umum ini adalah atas arahan daripada Ibu Pejabat UPKO Pusat setelah menerima arahan dan nasihat oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negeri baru-baru ini.

Saturday, January 8, 2011

PM berjumpa semua ahli parlimen malaysia kelmarin 8 Januari 2011

Perdana Menteri malaysia telah mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen BN kelmarin. Antara yang dibincangkan ialah mengenai persiapan pilihan raya dan Permulaan proses transformasi politik yang dipeloporinya.

Andaian setengah pihak terutama pihak pembangkang bahawa PM akan mengadakan pilihanraya mengejut tidak menjadi realiti walaupun anatara yang dibincangkan adalah mengenai persiapan dan kajian kemenangan berpihak kepada BN.

Seramai 105 ahli parlimen BN telah menghadiri perjumpaan tersebut. Bagaimana persiapan N13 Inanam dan parlimen Sepanggar?. Kunci utama kemenagan BN ialah kerjasama dan tiada ahli yang menjadi tali barut pembangkang semata-mata keinginan mereka tidak ditunaikan.

Thursday, January 6, 2011

LEBIH 30 PEMIMPIN PKR SABAH MEMBAKAR JAMBATAN PKR KE PUTRAJAYA

Lebih ramai lagi pemimpin PKR yang akan menginggalkan parti itu kerana mereka hilang fokus dan ada kepentingan diri. Pemimpin-pemimpin PKR  tidak mempedulikan kehendak rakyat tetapi sibuk dengan kepentingan dan kedudukan dalam parti dan diri sendiri.

Ketua AMK PKR Sabah keluar parti

Ikuti penjelesan beliaumelalui Facebook:


Saya telah membuat keputusan untuk keluar daripada PKR setelah hampir 3 tahun menyertainya. Baca artikel ini. Sebarkan.



by Jurin Gunsalam on Thursday, January 6, 2011 at 7:50pm



“Politics is the art of possible
Otto Von Bismarck (1815-1898)

******************************************************************
PENDAHULUAN

Saya mulai berminat mengetahui apa itu politik sekitar umur 10 tahun iaitu semasa dalam Darjah 4. Minat terhadap politik timbul melalui dorongan oleh ayah yang mahu melihat kami adik beradik lelaki mengikut jejak langkahnya. Maka sejak dari situlah saya cuba mengikuti perkembangan semasa melalui pembacaan surat khabar dan buku-buku politik. Kadang-kadang saya suka duduk di sebelah ayah semata-mata untuk mendengar apa perkembangan terkini. Kerana minat politik maka saya mulai marah sekiranya parti dan pemimpin yang saya suka kalah dalam pilihanraya. Saya mulai menangis apabila berlaku ketidakadilan terhadap negeri dan parti yang saya sokong. Semua ini berlaku secara tiba-tiba tanpa di desak oleh sesiapa pun.

Masa terus berlalu…

Mac 2008, dalam PRU12 saya tiba-tiba dipanggil untuk menjadi calon parti pembangkang melalui Parti Keadilan Rakyat di DUN Tandek dalam kawasan Parlimen Kota Marudu. Pada mulanya saya menolak kerana faktor kewangan, umur dan kerjaya pada masa itu. Hanya beberapa hari sebelum penamaan calon barulah saya menerima pelawaan tersebut, itupun selepas membuat quiet timeatau saat teduh sepertimana yang biasa diamalkan apabila berhadapan dengan suatu keputusan penting. Maka bermulalah satu perjalanan sebagai ahli politik muda.

Keputusan PRU12 agak memberangsangkan walaupun kalah namun jika dilihat dari segi jumlah undi dan sambutan rakyat, ada ruang untuk memperbaikinya. Memang banyak kelemahan. Saya tidak dapat kempen ke seluruh kawasan dalam tempoh yang singkat apatah lagi keadaan geografi yang membatasinya. Saya tiada duit tidak seperti calon yang lain. Saya orang muda hanya hati saja yang besar tapi pengalaman sepak terajang politk belum lagi berapa arif (pada masa itu). Strategi kempen terbatas oleh masa dan sumber yang ada.

Selepas PRU12, maka saya pun mengambil keputusan untuk menjadi ahli PKR secara rasmi dengan mengisi borang keahlian. Sejurus selepas itu saya dilantik menjadi Naib Ketua Bahagian (lantikan). Saya buat kerja menurut kemampuan dan skop kerja yang di berikan oleh ketua.

Pada 5hb Jan 2011, saya mengambil keputusan untuk keluar daripada parti. Niat keluar parti sebenarnya sudah dalam fikiran saya beberapa minggu sebelum Krismas lalu. Tapi saya tidak dapat mengungkapkannya kerana saya mahu menenangkan hati saya, takut-takut nanti bercampur emosi seperti sindiran beberapa teman. Keputusan ini tentunya bukan senang, perlu mengambilkira semua aspek. Ada teman-teman yang dulu saya bawa masuk parti ini bertanya, “kenapa bawa kami masuk, sedangkan akhirnya kamu keluar?”. Pertanyaan sebegini adalah lumrah dan saya mengerti maksudnya, namun setelah menjelaskan keadaan maka mereka faham kedudukan sebenar. Saya keluar daripada parti bukan di dorong oleh faktor kebendaan dan jawatan. Saya pernah ditawarkan untuk bertanding Naib Ketua AMK Nasional tapi saya menolak. Saya juga antara nama yang disebut bakal dilantik menjadi Ketua AMK Negeri, tapi saya menolak akhirnya. Saya juga sebenarnya tidak mahu bertanding pada pemilihan cabang yang lalu, tapi atas persetujuan dengan calon-calon ketua cabang maka saya pun menawarkan diri dan menang sebagai Ketua AMK.

Pada saya, kuasa dan kedudukan bukanlah penentu seseorang itu berpengaruh. Tapi orang yang berpengaruh pastinya akan berkuasa!

Baiklah, ada yang bertanya mengapa saya keluar parti. Tentunya saya tidak dapat menjawab semuanya disini namun sekadar untuk rujukan dan bahan perbualan di luar sana maka saya senaraikan di bawah:

1. Pergolakan Dalaman (Politiking)

Kepimpinan parti sentiasa bergolak khususnya di kalangan pimpinan negeri yang asyik bergaduh menentukan siapa menjadi ketua. Keadaan ini tidak sihat di mana masing-masing mempunyai kumpulan tersendiri dan sekiranya kumpulannya tidak dipilih menjadi ketua, kumpulan yang satu lagi akan sabotaj dari dalam. Perkara sebegini akan terbawa-bawa dalam pemilihan calon akan datang, di mana calon yang tidak dipilih akan sabotaj atau bertanding tiket bebas. Sebagai sebuah parti pembangkang, PKR haruslah mengamalkan etika politik yang betul untuk mencapai misi menumbangkan pemerintah. Pemimpin di atas sibuk berkelahi, rakyat di bawah dahagakan perubahan!

2. Autonomi Politik

Salah satu dasar PKR dan Pakatan Rakyat (PR) ialah mewujudkan autonomi kepada negeri-negeri di Borneo. Dasar ini adalah sejajar dengan Perjanjian Malaysa 1963, yang mana Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia dalam satu kesepakatan sebagai rakan kongsi yang samarata. Sebagai sebuah rakan kongsi yang samarata, Sabah seharusnya diberikan hak sepenuhnya untuk menentukan halatuju politiknya sendiri. Dalam konteks parti, pemilihan pimpinan parti peringkat negeri samada badan induk, sayap angkatan muda dan sayap wanita seharusnya di tentukan oleh ahli-ahli PKR di Sabah dan bukannya oleh Ibupejabat di Petaling Jaya. Kuasa Presiden haruslah dihadkan dan bukan dengan sewenang-wenangnya melantik pemimpin yang tanpa mendapat restu majoriti daripada penyokong akar umbi. Sehingga kini perlantikan barisan kepimpinan negeri masih ditangguh-tangguh. Saya tidak mahu prinsip ‘menunggu’ arahan dari Ibupejabat menjadi pegangan kerana ini adalah budaya UMNO. Melantik Ketua Menteri pun harus menunggu persetujuan dari Ibupejabat.

3. Gerakerja Lemah

Sehingga ke hari ini selepas hampir 3 tahun bersama PKR belum ada gerakerja yang mantap seperti roadshow, kempen berterusan dan sebagainya samada melalui badan induk, sayap angkatan muda atau sayap wanita. Namun tidak dapat dinafikan ada beberapa pemimpin yang aktif dalam gerakan pemantapan parti, tapi ini tidak cukup. Ianya mestilah disertai oleh seluruh organisasi parti negeri supaya dilihat sebagai satu pasukan. Keadaan sekarang, sekiranya kumpulan A buat roadshow, kumpulan B pula boikot dan sebaliknya.

4. Organisasi Lemah

Struktur organisasi peringkat negeri kelihatannya sangat lemah. Masing-masing hanya memanaskan kerusi sahaja tapi tidak dapat bergerak untuk memantapkan parti kecuali ada beberapa tokoh. Ada yang mahukan jawatan tapi apabila diberikan jawatan, jawatan tersebut pula tidak dapat diangkat. Kalaulah ini gambaran terhadap PKR sebagai parti peneraju kerajaan negeri akan datang, maka kesianlah rakyat. Bagaimanakah mungkin kita mengharapkan perubahan sekiranya pemimpin-pemimpin masih lagi berfikiran sekadar melepaskan batuk di tangga? Tokoh-tokoh yang diyakini mampu mengangkat imej parti mestilah di ketengahkan. Sebagai tambahan, setakat ini belum ada rangka manifesto negeri PRU13, belum ada bengkel dan seminar pemantapan dibuat.

5. Hasil Penyiasatan Pemilihan

Pemilihan parti baru-baru ini di calar dengan penipuan yang dirancang oleh pihak-pihak tertentu. Laporan demi laporan sudah diserahkan kepada Presiden, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Setiausaha Agong. YB Saifuddin Nasution, Setiausaha Agong dalam Kongres PKR baru-baru ini memberi jaminan untuk mengumumkan hasil siasatan dalam tempoh 2 minggu namun setelah 2 bulan berlalu hasil siasatan belum lagi diumumkan. Sebagai seorang yang idealis, saya mengharapkan PKR adalah parti yang menjunjung tinggi prinsip KEADILAN, namun apabila berlaku ketidakadilan dalam pemilihan saya mulai bertanya kepada diri saya, “bolehkah PKR memberikan keadilan kepada Sabah sedangkan ahlinya sendiri tidak mendapat keadilan sewajarnya?”. Kita boleh perbaiki kelemahan parti tapi bagaimana pula memperbaiki penipuan dalaman?

6. Fokus Tumpuan

Putrajaya adalah destinasi impian PKR/Pakatan Rakyat. Tapi jangan lupa, impian ini hanya tercapai sekiranya mendapat kemenangan dalam PRU13. Sementara menuju Putrajaya banyak kerja dan pengorbanan yang harus dibuat. Penumpuan seharusnya diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak kerana negeri-negeri ini adalah simpanan tetap BN. Pada masa yang sama PKR memerlukan banyak kerusi dari Borneo bagi membolehkannya mengambilalih teraju kerajaan. Namun apa yang berlaku sekarang, tumpuan lebih banyak di semenanjung. Semasa pemilihan MPP dulu ramai pemimpin-pemimpin pusat datang ke Sabah berkempen dan merayu meminta di undi, apabila sudah menang batang hidung pun tak nampak.

PENUTUP

Selama hampir 3 tahun bersama PKR, saya tidak pernah mendedahkan kelemahan parti secara terang-terangan kerana saya mahu menjaga imej parti di mata rakyat. Malah saya cuba sedaya upaya mengangkat imej dan martabat parti dalam ruang kapasiti yang saya ada, sebagai contoh membawa teman-teman dari pelbagai latarbelakang samada profesional atau bukan profesional untuk memahami idelisme perjuangan.

Sekiranya berlaku masalah dalaman parti samada di peringkat negeri atau nasional, saya juga cuba sedaya upaya untuk menutupnya dan berkata, “ini semua perkara biasa, berlaku dalam semua organisasi”.

Saya tidak menafikan dengan kerja kuat dan kerjasama erat, pembangkang berpotensi untuk mengambilalih teraju pemerintahan. Di Sabah, sejujurnya kawasan ‘putih’ bagi pembangkang adalah kerusi KDM, kerusi campuran dan kerusi Cina sahaja, dengan syarat…a)…b)…c) dan sebagainya (biarlah think-tankmereka yang fikirkannya nanti). Manakala, kerusi majoriti bumiputera Muslim masih sukar untuk ditawan. Mungkin ada yang tidak bersetuju, tapi inilah analisis saya.

Tentunya ramai juga teman-teman yang masih bertahan dalam perjuangan PKR. Saya ucapkan teruskan perjuangan murni anda. Saya tidak memusuhi mereka yang masih bertahan, sama juga saya tidak bermusuh dengan teman-teman dalam parti pemerintah. Saya tiada musuh dalam politik, yang ada adalah cuma perbedaan prinsip dan pendekatan. Bagi teman-teman yang pernah memberikan galakan dan nasihat, saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya menghargai anda. Tentunya nasihat dan pandangan teman-teman tersebut boleh menjadi bekal untuk perjalanan seterusnya.
Persoalannya, ke manakah arah perjalanan seterusnya selepas ini?

Soalan ini tidak dapat dijawab sekarang.

Tunggu dan lihat sahaja, inspirasi pastinya akan tiba jua.


-JG
Kota Kinabalu, Sabah
6 Januari 2011

Wednesday, January 5, 2011

Harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.
Timbalan menteri berkenaan Datuk Tan Lian Hoe berkata jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.
Beliau berkata kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.
“Minyak memang mencukupi untuk negara kita. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini.
“Kabinet belum mencadangkan untuk menaikkan harga (minyak masak), jadi tidak akan ada kenaikan harga buat masa ini melainkan ditentukan oleh Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas melawat Tesco Mutiara Damansara di sini, kelmarin.http:..www.news sabah times.com.my

Tuesday, January 4, 2011

YB Datuk Johnny Goh membawa banyak isu-isu rakyat semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah

YB Datuk Johnny Goh sambil diperhatikan oleh YB Puan Anita Baranting ADUN N5 Tandek, sedang berbincang sebelum Persidangan Dewan Undangan Negeri bermula. Cakap-cakap bahawa YB Datuk Johnny Goh tidak bersuara adalah tidak tepat dan itu adalah mainan dan ketandusan suara-suara pembangkang dan musuh politik beliau